Friday, November 16, 2012

Buat seorang sahabat II

Lamunan ini terhenti
Bersama degup nadi
Dengan juraian kasih
Kerana pergi mu
seawal waktu

Disaat aku leka
Dengan duniaku semata
Aku alpa
Dengan sarat dosa...

Pergi mu sahabat
Aku kembali berdiri
Diawal waktu
Mencari diri
Kembali
Di garisan permulaan

Dan
Dengan pergi mu sahabat
Masa terus memburu
Memcari kesempatan
Pada yang ada

Innalillah wainnailahirrojiun
Alfatihan untuk allahyarhamah Leila Sahak
28 zulhijjah 1433 hijrah.


Friday, November 02, 2012

Buat Seorang Sahabat I

sahabat
sejauh mana sekali
engkau pergi
mencari diri
maka ingatilah
wahai sahabatku
dicelah celah hatimu
dan dasar jiwa ragamu
akan terpendam
sayang yang makin mendalam

sahabat
disuatu ketika
dimanajua
dan walau sebentar cuma
maka ingatilah
wahai sahabat
perjuangan ini
masih di sini

dan sahabat
kelak apabila datang
suatu gelora
didasar hati
tatkala mana
bertembung
jiwa yang rakus
dan jasad yg lara
ingatilah sahabat

disaat sebegini
dan diseketika itu nanti
tolehlah mencari diri
pada wajah wajah hambar ini
atas nama sebuah perjuangan

Sunday, August 21, 2011

Siapalah kami di bumimu ALLAH

Baru kini terasa nikmat

Aku serap
semua rasa
pada diri
Yang tinggal
hanya sabar
yang makin tipis
pada kehadiran
yang tidak di ingini
jua tidak dihargai

Ku lewati
ruang langit tinggi
Ku lewati awan
berlapis lapis
Masih lagi aku jitu
berdiri di sini
Mencari erti setia

Namun awan bagai berbisik
rindui lah lumrahnya
kerna duka itu akan bercerita
girang itu sandiwaranya

Alah pada seribu kata
Demi sebuah persahabatan

Maha Pencipta Maha Menyayangi

Khairul, anak Mak Ngah Asmah Dan Raja Abu meninggal dunia Jumaat 29th July 2011, bersamaan 29 Syaaban 1432.


Friday, April 15, 2011

HIJRAH

Masa untuk berfikir bermula..

Kematian

Pada jiwa tiada rasa
Pada jasad tiada ruh

Al Fatihah buat :-

Nenek Siti Aminah Ahmad - 29th March 2011 bersamaan 24hb Rabiulakhir 1432.
Sepupu Norain Hashim - 9th April 2011 bersamaan 6 Jamadil Awal.
Ateh Misah Abdul Rahim - 10hb April 2011 bersamaan 7 Jamadilawal 1432.

Semoga ALLAH rahmatkan kita semua.

Wednesday, August 18, 2010

Telah Tiba Masa Bertolak

Setelah sekian lama
Kita duduk seketika
Bertaup mata
Mencari titik mula
Di penghujung masa

Dan

Pada rindu yang akan tiba
walau sesaat cuma
dengan deraian air mata
dan sarat sendu hiba
masa untuk bertolak
Tiba jua

Monday, October 26, 2009

Pesanan buat diri

Jangan sesekali kita berdiri
Gah tapi gagal
Setakat
Sekadar menyampai rasa
Sakit tak terasa
Selesa dicelah belaian

Thursday, January 22, 2009

Ceritera seorang CEO

Dan akhirnya
Telah tiba pada masa
Kita mula bercerita
Pada suatu sangka

Orang tua bertongkat tiga
Menjadi sebuah ibarat
Lebuhraya kian sarat
Buat helah sebuah madah