Thursday, September 11, 2008

CEO dan pembolehubahnya III

Telah lama tak bersua
Apatah lagi bersapa
Bertemu muka
Bersuara bercerita
Lantaran tiada apa-apa

Dan semalam jua
Bersua kerana masa
Dan jua kehendaknya
Kita berbicara

Tiada lagi cerita duka
Tiada lagi bertanya siapa
apa
kenapa
bagaimana
dan bila

Kali ini kita bersua
sebagai tanda
bahawa kita
berbeza daya
dan usaha
berbeza rasa
dan lebuhraya

Dan kali ini
kita bersua
sekadar mengingati
bahwa suatu hari nanti
semua akan pergi

Yang telah Pergi

Kalau dunia ini boleh berpusing kembali
Aku mahu pergi mencari diri